Ahad, 27 Ogos 2017

Hukum Nikah didalam Islam dan proses daftar

Mukadimah
25/09/2017 Isnin













Daftar Nikah Yang Dilangsungkan Di Luar Negara

N
C
R
Prosedur 04Daftar Nikah Yang Dilangsungkan Di Luar Negara Tanpa Kebenaran
1) Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
2) Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.
3) Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan KeluargaI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.
4) Dokumen yang perlu dilampirkan
i.Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan)
ii.Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
iii.Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
iv.Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)
v.Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan

5) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta'liq dan pendaftaran. 




KLIK SINI UNTUK URUSAN CERAI DI THAILAND





            Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla

    Bernikah Di Thailand Mudah

Syaratnya anda hanya perlu passport antarabangsa sahaja ataupun pas sempadan dan dibenarkan ke luar negara tanpa ada selatan


 Saya memberikan khidmat membawa pasangan yang ingin bernikah di  tempat utama iaitu MAJLIS AGAMA WILAYAH SONGKHLA...KENAPA SONGKHLA SEBAGAI PILIHAN UTAMA......🤔🤔🤔🤔 :

- dokumen yang lengkap dan kemas
 - kerana proses pernikahan yang teratur dan terurus
- pantas dan cepat
- jarak perjalanan antara MAIS dan konsulat mengambil masa lebih kurang 30minit sahaja

Tempat lain yang diiktiraf juga dibawa jika beberapa syarat tidak dapat dipenuhi contohnya tidak cukup 2 marhalah maka ada alternatif lain boleh dilangsungkan perkahwinan iaitu di Majlis Agama Islam Wilayah :

A.  Majlis Agama Islam Wilayah Pattani
B.  Majlis Agama Wilayah Satun 
C. Majlis agama Islam Wilayah Yala
D Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat 

Kebiasaannya saya membawa ke Majlis Agama Islam Songkhla. 👍👍👍😁😁😁
             





Wujudnya blog saya ini bertujuan membantu pasangan yg berhajat mendirikan rumah tangga di selatan thailand melalui proses nikah yg mudah,sah dan diterima pakai majlis agama islam malaysia dengan syarat-syarat yg perlu dilalui untuk mengesahkan perkahwinan yg dijalankan di thailand.


SAYA tidak ingin dianggap sebagai penghasut atau menghasut anda untuk bernikah di thailand. Bernikah di thailand adalah pilihan terakhir dalam menghalalkan perhubungan.



Maka dengan adanya saya ini insya allah memudahkan urusan anda melengkapkan semua urusan di thailand dalam masa 2hari 1malam
Anda alami masalah untuk mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang...????


Poligami
Wali enggan
Bantahan keluarga
Kahwin sembunyi
Terlanjur
Mengandung
Kahwin campur bangsa
Kahwin campur agama
(Perlu diislam kan terlebih dahulu)
Cerai, fasakh,taklik
DAN BERMACAM MASALAH

Saya cuba membantu anda hubungi saya 01133009259 En. Saad insya allah membantu anda dalam merealisasikan impian anda

Nikah di Thailand sah?

www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/12/jakim-iktiraf-nikah-6-majlis-agama-thailand/

Nikah di Thailand sah mengikut hukum syarak berlandaskan 5 rukun nikah perlu dipatuhi:

  1. WALI
  2. Saksi
  3. Pengantin lelaki
  4. Pengantin perempuan
  5. Ijab& kabul

Nikah di mana sahaja adalah sah dan semestinya patuh syarak yang mensyaratkan jurunikah yang menikahkan pasangan tersebut bertauliah dan dilantik secara rasmi oleh ahli majlis agama islam sesebuah negara mahupun wilayah berkenaan serta diperakui sah dan diiktiraf kerajaan negara atau negeri di dalam malaysia terutamanya.

Nikah di Thailand adalah sah secara syarak yang mencukupkan segala syarat dan patuh kepada situasi yang telah disyariatkan. Kahwin lari atau sembunyi bermakna si wali tahu akan hubungan tersebut tetapi tidak merestui hubungan tersebut,maka jalan pintas yang diambil ialah bernikah di Thailand dengan jarak perlu melebihi 2 marhalah dari tempat wali berada..(atas sebab2 seperti yang disebut diatas) di Majlis Agama yang di perakui sah hukum syarak dan disahkan melalui perundangan islam(melalui keputusan mahkamah syariah dan mendapat pengiktirafan Majlis Agama Islam seluruh Malaysia serta JAKIM...kepada yang bernikah di luar negeri terutama bernikah di Thailand perlulah memohon melakukan pendaftaran segera di mana-mana Majlis Agama ISLAM NEGERI di Dalam Malaysia dan setiap pengesahan pernikahan perlu melalui proses Mahkamah Syariah.


Tempat pernikahan yang diiktiraf:
- Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla
- Majlis Agama Islam Wilayah Satun
- Majlis Agama Islam Wilayah Pattani
- Majlis Agama Islam Wilayah Narrathiwat
- Majlis Agama Islam Wilayah Yala

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya En. Saad
01133009259
0166319629
+66630912030/0630912030 




















HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Islam itu adalah agama yang indah,bahkan di dalam setiap perkahwinan islam itu ada menetapkan hukum-hakamnya bagi menjaga kemaslahatan manusia segajat.Di dalam hukum perkahwinan islam telah menerangkan dengan begitu jelas sekali sebab-sebab terjadinya keadaan hukum-hukum sedemikian yang mana kesahihannya tidak perlu dipertikaikan lagi.malahan jika dilihat secara praktikalnya  hokum yang telah digariskan oleh islam untuk diikut adalah garis panduan yang paling terbaik. Hukum perkahwinan islam dapat dibahagikan kepada lima keadaan mengikut mazhad-mazhad imam iaitu keadaan wajib,sunat, harus,makruh dan haram.

            Pada asalnya hukum perkahwinan jatuh kepada hukum harus. Namun begitu disebabkan oleh beberapa faktor, hukum tersebut jatuh kepada beberapa keadaan hukum iaitu wajib,sunat,makruh dan haram. 

Terjadinya keadaan hukum tersebut apabila :
Hukum wajib :  wajib ke atas seorang mukmin yang memiliki kemampuan dalam  memberi nafkah dan bersenggama dan bimbang dikhuatiri dirinya akan  terjerumus ke dalam perbuatan zina. Namun begitu,umum para fuqaha’  menetapkan nikah menjadi wajib ke atas seseorang lelaki yang yakin akan berlaku zina andai tidak berkahwin selain yakin yang diamampu memberikan nafkah perkahwinan yang terdiri dari mahar,nafkah isteri dan dapat  memenuhi hak dan tanggungjawab sara dalam perkahwinan dan tidak mampu mengelak daripada perbuatan keji dengan hanya berpuasa.
Hukum sunat : Syara’ telah menyarankan  supaya seseorang itu berada dalam keadaan sunat nikah apabila dia berada dalam keadaan seorang yang  berkemampuan dan berkelayakan, mampu mengawal diri dari terlibat  dengan perbuatan keji sekalipun tidak berkahwin dan berkemampuan menjalankan tanggungjawab rumahtangga. Hukum sunat juga jatuh kepada kepada perempuan yang berhajat untuk berkahwin sama ada berkeinginan sendiri atau keperluan nafkah hidup atau juga kerana takut dengan ancaman.
§  Hukum harus :  nikah menjadi harus apabila seseorang itu tidak mempunyai sebarang halangan syara’ dan sempurna dari segi syarat
dan keperluan .
§  Hukum makruh : jatuh hukum makruh nikah ke atas seseorang itu jika berada dalam keadaan dimana seseorang itu merasakan takut berlakunya perkara-perkara yang dikira zalim,jahat yang boleh  memudharatkan  bakal isterinya, tetapi tidaklah pula dalam perasaan yakin atau pasti berlaku,walaupun mereka itu terdiri daripada orang yang kurang kemampuan nafkah. Hukum makruh juga berlaku apabila seseorang itu menghidap penyakit yang berpanjangan ataupun usia yang terlalu tua sehingga tidak mampu memberi nafkah kepada isteri disamping hilangnya keinginan kelamin.
Hukum haram : keadaan hukum inidiharamkan oleh syara’ untuk berkahwin ke atas seseorang lelaki yang yakin akan berlaku zalim ke atas wanita. Dan dia juga berfikir akan melakukan sesuatu yang boleh memudharatkan wanita yang akan dikahwininya. Selain itu haram bagi mereka  lemah dari memenuhi hak tanggungjawab dalam perkahwinan.dan sekaligus,dia tidak mampu untuk berlaku adil dalam perkahwinan sekiranya berpoligami.
      Firman Allah swt :


وَلْيَسْتَعْفِفِ اْلَّذِيْنَ لاَيُجِدُنَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ
    Maksudnya : “Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin,           hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan mereka dari limpah kurnia-Nya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pakej pernikahan di Thailand

UA-228159830-2 Kami agen yang sah boleh dipercayai  Anda Ingin pernikahan di Thailand sah? Sah syarak ✅ Sah peraturan ✅ boleh didaftarkan di...